Mula ingat nak update pasal Sukan Tahunan Danish, tapi bila mood MALAS dah datang, apa yang terlintas je rasa nak tulis. Pasal sukan tu citer lenkali. Ni nak citer pasal aktiviti minggu lepas. Tak plan pun nak bawak Danish mandi kat Kolam Dataran Gemilang Presint 4 tu. Lepas aku wat nasi lemak pagi tu terus ajak papa d pegi. Siap masak sebelum pukul 9 tapi dekat kul 12 baru kuar umah. Masa tu matahari dah terpacak atas kepala. Tapi nasib baik la kolam ni tepi bangunan ofis KPKT, KKLW (lagi satu ape ntah) so terlindung la sket.
Wlupun panas, happy dapat mandi. Angin kuat ok wlupun panas terik.
Siap bawak bola nak main. Tapi tak bole sebab angin kuat sangat.
Bawak bekal nasik lemak.
Bekal untuk Darwish. Nasi+Carrot+Brokoli.
Siap berkelah kat tepi kolam. Masa ni Darwish naik ruam satu badan sebab tu bukak baju dia. Ruam panas. Sejak lahir dah 3 kali kena. Kulit sensitif sikit tapi alhamdulillah takde la sampai eczema macam Danish.
Tengah Danish seronok mandi, abang ipar call. Ada something yang buat ktorg senyum sampai telinga. Jeng jeng jeng. Next entry aku citer ok? Ada keje sket. Bai!
Oppsss..
Kasik teaser sikit la..
"Hai semua..jumpa next entry ok?" Hiks!